Then esok cuti sehari utk prepare utk exam final Ethics and Management pulak lusa (24 mei).
Ethics : 1.15 – 3.15
Management : 3.45 – 5.45
Kalau waktu meshia, sila tambah 5 jam dari waktu2 tadi.
Ok tanak merepek panjang pon. Cuma nak kongsi beberapa perkara. Benda yang baru hamba dapat sejak dua-tiga hari ni.
Benda ni pasal… “esok gua start final exam, harap doa kalian mengiringi kami” / “cuak gila nak exam.tolong doakan aku ye kawan2” atau yg sewaktu dengannya.
DOA.
Setiap dari kita mengharapkan doa dari kawan2 atau keluarga masing2 especially masa2 nak exam ni.
Tak nafi, memang kita perlukan doa.
Dalam masa kita mengharapkan doa dari orang ramai, apa kata kita mulakan dengan diri sendiri dulu?
Kita gerakkan bibir dan hati kita utk doakan kawan2 kita yg lain. Sbb kalau tak silap, sekali kita doakan kebaikan utk orang lain, malaikat akan aminkan utk pendoa tu skali. Rasanya ada hadith berkaitan perkara ni. Tapi hamba tak pasti matannya. sila kongsi bagi yang arif tentang hadith ni. =)
Kalau nak lagi best, masa tengah jawab exam tu, bila sampai je kat soalan2 yg SUSAH, terus kita doakan utk kawan2 sejawat kita agar Allah permudahkan utk mereka menjawab soalan yg kita susah nak jawab tadi tu. Insyaallah, dengan berkat doa tu, Allah akan bantu yg didoa dan pendoa tu sekali. Amin
Haa baru ‘kaw’ doa tu..feeling habis.. sebab kita pon alami sendiri kesusahan tu, dan tak nak kawan2 kita alami kesusahan yg sama.
Minta agar mereka diperMUDAHkan.
Bukankah macam tu lebih manis dan feeling?
Ok, rasenye tu je utk post kali ni.
selamat beramal ~



